Reka Bentuk dan Teknologi RBT
2019年9月18日星期三
2019年8月29日星期四
Morfologi Tumbuhan
Defiinisi Morfologi Tumbuhan
Ilmu yang mengkaji bahagian, bentuk dan fungsi
bahagian- bahagian tertentu tumbuhan. Morfologi tumbuhan adalah berbeza dengan
anatomi tumbuhan yang merupakan kajian mengenai struktur dalaman tumbuhan.
Dalam morfologi tumbuhan, terdapat tiga organ dasar iaitu, akar, batang dan
daun. Ketiga-tiga oragan ini merupakan organ primer bagi tumbuhan. Manakala
organ seperti bunga, buah, biji dan umbi. Organ-organ tersebut dikenali sebagai
organ sekunder atu organ aksesori. Namun, bunga, buah dan biji amat penting
kerana diperlukan dalam proses pembiakan seksual.
Tisu Asas
Dalam tisu asas, terdapatnya parenkimia, skelerenkimia dan kolenkimia. Parenkimia adalah tisu ringkas yang mepunyai vakuol yang besar. Parenkimia tersusun longgar dan mempunyai rongga udara di antara sel. Parenkimia berfungsi untuk menyokong tumbuhan dan menyimpan kanji, gula dan air.
Tisu skelerenkimia pula merupakan tisu yang mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh lignin. Tisu ini memberikan sokongan kepada tumbuhan melalui sel mati. Fungsi utama tisu skelerenkimia ini adalah untuk menyokong dan melindungi sel.
Tisu kolenkimia ialah tisu ringkas yang ditebalkan oleh selulosa di bahagian dinding sel . Ia mengelilingi berkas vascular di batang dan akar. Fungsi tisu ini adalah untuk menyokong tumbuhan muda, tumbuhan yang mempunyai batang yang lembut serta tumbuhan herba serta mengawal penyerapan air di akar.
Pengelasan Tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:
Tumbuhan yang boleh hidup sama ada di darat dan
laut yang tidak mempunyai batang, akar, dan daun yang sebenar. Alga berwarna
hijau berklorofil dan menghasilkan spora untuk pembiakan. Contoh untuk alga ialah
spirogyra, klamidomonas dan rumpai laut.
- Tumbuhan berbunga
- Tumbuhan tidak berbunga
Tumbuhan berbunga
Tumbuhan berbunga berupaya untuk menghasilkan bunga, biji dan buah. Biasanya, bunganya akan berkembang menjadi buah. Tujuan menghasilkan bunga adalah untuk pembiakan. Namun, terdapat lagi dua jenis tumbuhan berbunga iaitu:- tumbuhan monokotiledon
- tumbuhan dikotiledon
Ciri-ciri Tumbuhan Monokotiledon
- biji benihnya hanya mempunyai satu kotiledon
- daun berurat selari
- mempunyai sistem akar serabut
- batang tumbuhan adalah lembut
Ciri-ciri Tumbuhan Dikotiledon
- biji benihnya mempunyai dua kotiledon
- daun berurat jejala
- mempunyai sistem akar tunjang
- contoh tumbuhan dikotiledon ialah pokok durian, rambutan dan getah
Rajah ini merupakan perbandingan antara Tumbuhan Kotiledon dan Tumbuhan Monokotiledon. |
Tumbuhan Tidak Berbunga
Tumbuhan tidak berbunga merupakan tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih. Cara pembiakan tumbuhan tidak berbunga adalah melalui spora atau belahan dedua. Dalam tumbuhan tidak berbunga ini terdapat lagi empat kategori, iaitu alga, lumut, paku- pakis dan kulat.
- Alga
- Lumut
- Paku- pakis
- Kulat
Alga
Rajah di atas menunjukkan spirogyra. |
Peranan Agensi-agensi Pertanian
Peranan Agensi-agensi Pertanian
Terdapat berbagai-bagai agensi pertanian telah diwujudkan dengan tujuan membantu kerajaan terutamanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membangunkan dan memastikan sektor pertanian di negara kita boleh berkembang maju. Antara agensi-agensi tersebut adalah:
- MARDI
- FAMA
- Agrobank
Rajah di atas menunjukkan logo MARDI. |
Peranan MARDI adalah:
- merupakan sebuah pusat pengumpulan maklumat berkenaan dengan perkara saintifik yang berkaitan dengan tanaman dan industri makanan
- menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman, haiwan ternakan dan makanan
FAMA
Rajah di atas menunjukkan logo FAMA. |
Peranan FAMA adalah:
- menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan dan agensi kerajaan
- memperbaiki sistem pemasaran serta mencari pasaran baru untuk memasarkan hasil-hasil pertanian Malaysia melalui kerjasama antara jabatan atau agensi kerajaan dengan pihak swasta
Agrobank
订阅:
博文 (Atom)