2019年8月29日星期四

Morfologi Tumbuhan

Defiinisi Morfologi Tumbuhan

Ilmu yang mengkaji bahagian, bentuk dan fungsi bahagian- bahagian tertentu tumbuhan. Morfologi tumbuhan adalah berbeza dengan anatomi tumbuhan yang merupakan kajian mengenai struktur dalaman tumbuhan. Dalam morfologi tumbuhan, terdapat tiga organ dasar iaitu, akar, batang dan daun. Ketiga-tiga oragan ini merupakan organ primer bagi tumbuhan. Manakala organ seperti bunga, buah, biji dan umbi. Organ-organ tersebut dikenali sebagai organ sekunder atu organ aksesori. Namun, bunga, buah dan biji amat penting kerana diperlukan dalam proses pembiakan seksual.

Tisu Asas

Dalam tisu asas, terdapatnya parenkimia, skelerenkimia dan kolenkimia. Parenkimia adalah tisu ringkas yang mepunyai vakuol yang besar. Parenkimia tersusun longgar dan mempunyai rongga udara di antara sel. Parenkimia berfungsi untuk menyokong tumbuhan dan menyimpan kanji, gula dan air. 

Tisu skelerenkimia pula merupakan tisu yang mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh lignin. Tisu ini memberikan sokongan kepada tumbuhan melalui sel mati. Fungsi utama tisu skelerenkimia ini adalah untuk menyokong dan melindungi sel.

Tisu kolenkimia ialah tisu ringkas yang ditebalkan oleh selulosa di bahagian dinding sel . Ia mengelilingi berkas vascular di batang dan akar. Fungsi tisu ini adalah untuk menyokong tumbuhan muda, tumbuhan yang mempunyai batang yang lembut serta tumbuhan herba serta mengawal penyerapan air di akar.


Pengelasan Tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:
  • Tumbuhan berbunga
  • Tumbuhan tidak berbunga

Tumbuhan berbunga

Tumbuhan berbunga berupaya untuk menghasilkan bunga, biji dan buah. Biasanya, bunganya akan berkembang menjadi buah. Tujuan menghasilkan bunga adalah untuk pembiakan. Namun, terdapat lagi dua jenis tumbuhan berbunga iaitu:

  • tumbuhan monokotiledon
  • tumbuhan dikotiledon

Ciri-ciri Tumbuhan Monokotiledon

  • biji benihnya hanya mempunyai satu kotiledon
  • daun berurat selari
  • mempunyai sistem akar serabut
  • batang tumbuhan adalah lembut 

 Ciri-ciri Tumbuhan Dikotiledon

  • biji benihnya mempunyai dua kotiledon
  • daun berurat jejala
  • mempunyai sistem akar tunjang 
  • contoh tumbuhan dikotiledon ialah pokok durian, rambutan dan getah
Rajah ini merupakan perbandingan antara Tumbuhan Kotiledon dan Tumbuhan Monokotiledon.


Tumbuhan Tidak Berbunga

Tumbuhan tidak berbunga merupakan tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih. Cara pembiakan tumbuhan tidak berbunga adalah melalui spora atau belahan dedua. Dalam tumbuhan tidak berbunga ini terdapat lagi empat kategori, iaitu alga, lumut, paku- pakis dan kulat.

  1. Alga
  2.  Lumut
  3. Paku- pakis
  4. Kulat

Alga

Rajah di atas menunjukkan spirogyra.
Tumbuhan yang boleh hidup sama ada di darat dan laut yang tidak mempunyai batang, akar, dan daun yang sebenar. Alga berwarna hijau berklorofil dan menghasilkan spora untuk pembiakan. Contoh untuk alga ialah spirogyra, klamidomonas dan rumpai laut.
Rajah menunjukkan klamidomonas iaitu salah satu organisme dariapda alga.

Lumut

Tumbuhan yang hidup di tempat yang lembap. Lumut mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akarnya. Oleh itu, lumut boleh menghasilkan makanan sendiri. Lumut menghasilkan spora untuk pembiakan. Contoh untuk lumut ialah lumut hati dan lumut biasa.


Paku-pakis

Kebiasaannya, paku-pakis hidup di kawasan lembap dan teduh. Paku-pakis mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut. Paku-pakis menghasilkan spora untuk pembiakan. Misalnya, terdapat dua jenis paku- pakis iaitu paku resam dan lain-lain. 

Kulat

Kulat hidup di kawasan lembap. Biasanya, kulat tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar dan tidak berklorofil. Oleh itu, kulat tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. Kulat menghasilkan spora untuk pembiakan. contoh tumbuhan kulat ialah yis, mukor, cendawan dan kulat setupai.








Peranan Agensi-agensi Pertanian

Peranan Agensi-agensi Pertanian

Terdapat berbagai-bagai agensi pertanian telah diwujudkan dengan tujuan membantu kerajaan terutamanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membangunkan dan memastikan sektor pertanian di negara kita boleh berkembang maju. Antara agensi-agensi tersebut adalah:
  • MARDI
  • FAMA
  • Agrobank

MARDI
Rajah di atas menunjukkan logo MARDI.

Peranan MARDI adalah:
  • merupakan sebuah pusat pengumpulan maklumat berkenaan dengan perkara saintifik yang berkaitan dengan tanaman dan industri makanan
  • menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman, haiwan ternakan dan makanan




FAMA
Rajah di atas menunjukkan logo FAMA.

Peranan FAMA adalah:

  • menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan dan agensi kerajaan
  • memperbaiki sistem pemasaran serta mencari pasaran baru untuk memasarkan hasil-hasil pertanian Malaysia melalui kerjasama antara jabatan atau agensi kerajaan dengan pihak swasta





Agrobank
Rajah di atas menunjukkan logo Agrobank.

Peranan Agrobank adalah:
  • menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khususnya untuk menyokong dan memperkasakan sektor pertanian negara
  • menyediakan perkhidmatan kewangan yang lengkap mengikut kehendak pasaran untuk keperluan usahawan tani, usahawan kecil dan sederhana dan individu persendirian
  • menggalakan pembiayaan pertanian oleh sektor perbankan komersil selain menyediakan penarafan kredit pertanian

Pengenalan kepada Asas Agroteknologi (RBT 1024)

Jenis-jenis Kerjaya dalam Industri Pertanian:

    Gambar di atas menunjukkan seorang petani yang sedang menuai padi.

    Gambar di atas menunjukkan seorang nelayan. 

  • Petani
  • Nelayan
  • Pensyarah
  • Pegawai Jabatan-jabatan yang berkaitan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)