2019年8月29日星期四

Pengelasan Tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:
  • Tumbuhan berbunga
  • Tumbuhan tidak berbunga

Tumbuhan berbunga

Tumbuhan berbunga berupaya untuk menghasilkan bunga, biji dan buah. Biasanya, bunganya akan berkembang menjadi buah. Tujuan menghasilkan bunga adalah untuk pembiakan. Namun, terdapat lagi dua jenis tumbuhan berbunga iaitu:

  • tumbuhan monokotiledon
  • tumbuhan dikotiledon

Ciri-ciri Tumbuhan Monokotiledon

  • biji benihnya hanya mempunyai satu kotiledon
  • daun berurat selari
  • mempunyai sistem akar serabut
  • batang tumbuhan adalah lembut 

 Ciri-ciri Tumbuhan Dikotiledon

  • biji benihnya mempunyai dua kotiledon
  • daun berurat jejala
  • mempunyai sistem akar tunjang 
  • contoh tumbuhan dikotiledon ialah pokok durian, rambutan dan getah
Rajah ini merupakan perbandingan antara Tumbuhan Kotiledon dan Tumbuhan Monokotiledon.


Tumbuhan Tidak Berbunga

Tumbuhan tidak berbunga merupakan tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih. Cara pembiakan tumbuhan tidak berbunga adalah melalui spora atau belahan dedua. Dalam tumbuhan tidak berbunga ini terdapat lagi empat kategori, iaitu alga, lumut, paku- pakis dan kulat.

  1. Alga
  2.  Lumut
  3. Paku- pakis
  4. Kulat

Alga

Rajah di atas menunjukkan spirogyra.
Tumbuhan yang boleh hidup sama ada di darat dan laut yang tidak mempunyai batang, akar, dan daun yang sebenar. Alga berwarna hijau berklorofil dan menghasilkan spora untuk pembiakan. Contoh untuk alga ialah spirogyra, klamidomonas dan rumpai laut.
Rajah menunjukkan klamidomonas iaitu salah satu organisme dariapda alga.

Lumut

Tumbuhan yang hidup di tempat yang lembap. Lumut mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akarnya. Oleh itu, lumut boleh menghasilkan makanan sendiri. Lumut menghasilkan spora untuk pembiakan. Contoh untuk lumut ialah lumut hati dan lumut biasa.


Paku-pakis

Kebiasaannya, paku-pakis hidup di kawasan lembap dan teduh. Paku-pakis mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut. Paku-pakis menghasilkan spora untuk pembiakan. Misalnya, terdapat dua jenis paku- pakis iaitu paku resam dan lain-lain. 

Kulat

Kulat hidup di kawasan lembap. Biasanya, kulat tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar dan tidak berklorofil. Oleh itu, kulat tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. Kulat menghasilkan spora untuk pembiakan. contoh tumbuhan kulat ialah yis, mukor, cendawan dan kulat setupai.








没有评论:

发表评论